Monday, 18 April 2022




MPU 23032  PENGAJIAN ISLAM

E-FOLIO: GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK 
(MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
DI POLITEKNIK MALAYSIA)

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SESI MAC 2022
DDT2B


NAMA PENSYARAH: USTAZAH AIEZZATUL AKMALIYAH BINTI ABDULLAH

NAMA AHLI KUMPULAN: 
1. Ahmad Muslim Mustakim bin Razak - 12DDT21F1001
2. Syed Ahmad Shauqi bin Syed Shuhaimi - 12DDT21F1005



GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA

1.0 Penghargaan


Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, kumpulan kami telah menjalankan kajian yang terperinci terhadap masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia. Nama ahli kumpulan kami ialah, yang pertama, Syed Ahmad Shauqi bin Syed Shuhaimi, nombor matriks 12DDT21F1005 dan yang kedua ialah, Ahmad Muslim Mustakim bin Razak, nombor matriks 12DDT21F1001.Kami amat bersyukur di atas kurniaan nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakan Allah SWT dalam menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh Ustazah Aiezzatul Akmaliyah binti Abdullah, iaitu pensyarah kursus Pengajian Islam, MPU 23032, Politeknik Kuala Terengganu. Alhamdulillah, berbekalkan kepada tunjuk ajar yang diberikan oleh ustazah, kami berasa lega kerana tugasan ini dapat diselesaikan oleh kami dengan jayanya dalam waktu yang ditetapkan. Dengan segala usaha dan penat lelah kami, oleh itu kami dapat memberi penjelasan terhadap masalah atupun isu pergaulan bebas yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar di Politeknik Malaysia.

Di samping itu, kumpulan kami telah bekerjasama antara satu sama lain dalam membicangkan dan berkongsi idea serta pendapat untuk mencari alternatif yang dapat diolahkan dalam menyelesaikan kajian ini. Antaranya ialah, kami mengambil pendapat yang diberikan oleh ibu bapa dan rakan-rakan yang  telah membantu dan memudahkan urusan kami ketika menjalankan tugasan ini.

Oleh yang demikian, kami berharap agar hasil kerja yang dibuat oleh kami sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di sekeliling yang membaca blog ini di secara maya dan digital. Semoga dapat memberi iktibar terutamanya terhadap golongan belia yang seamakin menginjak usia. Sedarlah bahawa setiap individu perlu menjaga kehormatan diri masing-masing agar terjamin pada setiap masa.Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Semoga kita dapat beramal dengan setiap ilmu yang diperoleh agar mendatangkan rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT. Pepatah arab mengatakan:




2.0 Objektif kajian


Terdapat beberapa objektif kajian yang dapat kami jumpai daripada tajuk ini, antaranya ialah:-

a)Menganalisis punca-punca keruntuhan akhlak yang boleh menyebabkan maruah 
    mereka tercabul.

b)Usaha-usaha untuk mengatasi gejala-gejala yang berlaku di dalam kalangan pelajar 
    politeknik Malaysia.

c)Memberi pengajaran dan teladan kepada pelajar  politeknik Malaysia bahawa mereka
    amat memerlukan kesedaran terhadap pergaulan bebas sama ada ketika berada 
    dalam atau diluar politeknik.

3.0 Pendahuluan



      Pada mutakhir ini, kita sering kali mendengar isu-isu berkaitan pergaulan bebas yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini kebanyakannya dilakukan oleh golongan muda yang menduduki Institusi Pengajian Tinggi(IPT). Pada blog ini, kami akan menjelaskan kepada pembaca berkenaan dengan pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politernik Malaysia. Perkara lagi kerap didengari oleh kakitangan politeknik di Malaysia secara terbuka dan ianya memang tidak asing jika diperkatakan. Terdapat beberapa pelajar politeknik yang kurang sedar akan pentingnya menjaga maruah diri daripada dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiap pelajar politeknik perlu mengamalkan etika pergaulan yang berlandaskan hukum syariat Islam di luar ataupun di dalam insitusi pengajian mereka. Ihtilat yang ditetapkan oleh syarak bertujuan untuk memberi faedah yang baik terhadap pelajar kerana selaras dengan hukum akal fikiran manusia. Akal manusia dicipatakan khas untuk membezakan atntara perkara-perkara yang baik dan buruk.Pelajar perlulah menghindarkan diri daripada perkara negatif yang mendatangkan keburukan dalam kehidupan mereka. Waima, mereka hendaklah berusaha mengubah sikap mereka ke arah yang positif
Oleh sebab itu, pelajar wajar mengenalpasti punca-punca pergaulan bebas sejak peringkat daripada awal.

4.0 Pengenalan

      


          Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara kita. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa, maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.Sabda Nabi Muhammad SAW:-




        Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita yang bersaudara wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, dan juga perlu termasuk tempat tidur mereka.Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadisnya:-



 Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi.Ayat Al-Quran telah menjelaskan:-


وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ‌ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah  ; Ayat 216)

.

Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu, semuanya adalah di dalam ilmu dan pengetahun Allah سبحانه وتعالى. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah سبحانه وتعالى sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya. 


Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar dalam kalangan para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi, ianya turut melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara, yang bakal menerajui kepimpinan negara sekaligus diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak dalam masyarakat Malaysia kini, khususnya di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan.


Ertinya:Sesungguhnya jiwa itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali yang dirahmati Tuhanku. 

 Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya, ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini, yang ianya terdiri daripada pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan bukan hanya mencemarkan maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.Ayat Al-Quran telah menjelaskan:-



Maka dengan ini, sewajarnya kita dekatilah mereka dan bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif. Pihak politeknik terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dah mahasiswi. Justeru, dasar pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej kediaman mahasiswa dan mahasiswi oleh pihak politeknik. Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa selain penguatkuasaan peraturan tatatertib politeknik terhadap pelajar dengan konsisten dan berhemah. Perkara ini hendaklah selaras dengan sabda Nabi Muhammad SAW:-




5.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Pergaulan Bebas

1. Diri remaja sendiri 


Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebe
basan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. 

Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara yang baharu dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras,maka ianya akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. 

Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja ini, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai yang masih kecil. Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan tersebut.

 

2. Keluarga 


Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan keluarga. 

Kaedah penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak yang terlalu mudah menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan remaja memberontak serta memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk menjadi tempat perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul rapat dengan orang lain yang tidak dikenali.Firman Allah SWT:-




Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa untuk berada di luar rumah. 

Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh ibubapa terhadap anak-anak remaja juga menyebabkan mereka memilih untuk mencari pasangan sekaligus menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari ini yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu diluangkan oleh ibubapa bersama dengan anak-anak.

3. Sekolah


Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh remaja di institusi pengajian. Kaedah pengajaran, kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu, dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik dan yang buruk terutamanya, kerana pelajaran adalah jaminan untuk masa depan.Sebahagian surah Al-Kahfi, ayat 29:-

فَمَن شَآءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَآءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ

Ertinya:Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur(ingkar), biarlah dia mengingkarinya.

Selain itu, pihak sekolah yang gagal memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran serta kelakuan menyebabkan golongan remaja ini terpinggir dan tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak sekolah dan ibubapa seharusnya menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang bermasalah agar pelajar mencari penyelesaian di dalam dua sistem sokongan ini sahaja dan bukannya mencari individu lain sebagai jalan keluar.


4. Rakan sebaya


Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial, mereka sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama.Ini membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama akan menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.

Sebagai anak remaja yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian, walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan perlakuan tersebut, namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan.Nabi Muhammad SAW bersabda:-

مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

5. Pengaruh media massa


Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas.


6.0 Penyebab Sekeliling Pergaulan Bebas

Dalam melalui fasa ini, remaja seringkali mengalami isu pertumbuhan fizikal yang pesat, ketidakstabilan emosi, krisis autonomi dan kebergantungan, krisis identiti, krisis keyakinan dalam beragama, penghargaan kendiri, masalah seksualiti, konflik dengan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Keadaan ini menyebabkan remaja sering berada dalam keadaan tertekan. Bagi yang tidak mampu menanganinya dengan baik akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan mencari teman untuk mencari kebebasan dan keseronokan sendiri sehingga mendorong mereka terjebak dengan gejala dadah, seks bebas, lari dari rumah, melepak dan jenayah.

1. Pertumbuhan fizikal

Malu dengan perubahan yang berlaku menyebabkan remaja cenderung untuk merasa rendah diri, mengasingkan diri dan lebih suka menyendiri. Contohnya kemunculan jerawat, perubahan bentuk badan dan sebagainya. Mereka juga mula membuat perbandingan di antara dirinya dengan sesiapa sahaja yang diingininya dan mengharapkan mempunyai fizikal seperti yang diingininya.

2. Ketidakstabilan emosi

Remaja juga mengalami banyak masalah perubahan emosi, kebolehan kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri, krisis identiti, konflik autonomi dan bersandar serta keraguan bagi memulakan perkara-perkara baru dalam kehidupan serta sering tidak dapat mengendalikan emosi dengan baik & rasional. Mereka sering mengalami perasaan marah, takut, gembira, risau, sedih, gelisah dengan pengalaman yang baru dilalui dalam hidup.

3. Krisis autonomi & pergantungan

Inginkan kebebasan tetapi masih terikat dengan ibu bapa atau penjaga dan tidak berkeupayaan. Pergantungan juga berlaku terhadap rakan untuk mendapat pengiktirafan harga diri.

4. Krisis identiti

Di dalam fasa ini remaja mula membentuk identiti diri. Pada fasa ini, sekiranya mereka berjaya menangani krisis tersebut dengan baik, maka mereka akan berupaya membentuk identiti diri dan personaliti yang berjaya. Sebaliknya, sekiranya mereka gagal menangani krisis pada fasa ini, maka mereka akan berdepan dengan kecelaruan dan konflik identiti diri. Di dalam proses mencari identiti ini, mereka mula mencari idola menyebabkan mereka mudah meniru perkara yang dikagumi seperti cara berfikir, berpakaian, bergaul, bercakap dan lain-lain. Pada fasa inilah berlakunya pertembungan di antara keinginan dan kebimbangan yang membuak-buak untuk menempuh ke alam dewasa. Tambahan pula, akses remaja bandar kepada media amatlah mudah. Media kini menjadi satu unsur proses sosialisasi remaja pada masa kini. Perkembangan di dalam bidang ICT negara yang pesat seperti kewujudan laman-laman sosial, siaran televisyen yang pelbagai menyebabkan sebahagian besar daripada waktu rehat remaja bandar dihabiskan dengan penggunaan media.

       Selain itu, Sikap remaja yang menginginkan keseronokan. Ditambah lagi apabila kurang pengawasan dalam aktiviti mereka menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang lucah dan sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah salah laku seksual. Justeru, remaja perlu dididik untuk menanam kepercayaan terhadap diri dan orang lain, berautonomi dan berinisiatif, agar mereka mampu dan yakin menyelesaikan krisis identitinya secara positif

5. Krisis keyakinan beragama

Kebanyakan remaja yang bermasalah dari segi pegangan agama biasanya tidak yakin dengan adanya hukuman tuhan. Mereka akan menyalahkan tuhan apabila ditimpa sesuatu kesusahan dan akan keluar mencari jalan penyelesaian sendiri. Justeru, para ibu bapa diseru agar memberikan didikan agama yang sewajarnya dan memastikan penghayatan agama perlu diterapkan di dalam diri anakanak. Agama boleh dijadikan pegangan moral dalam diri remaja agar mereka dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak bermoral.Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda:-



6. Penghargaan kendiri

Penghargaan kendiri ini adalah bagaimana remaja melihat diri sendiri. Apabila melihat diri secara positif, remaja akan mempunyai penghargaan kendiri tinggi dan berkembang secara positif. Contohnya; melihat diri sebagai cantik, sopan, lemah, tidak berguna adalah berkaitan dengan penghargaan yang ada di dalam diri seorang remaja itu terhadap diri mereka sendiri.Sabda nabi SAW:-





7. Masalah seksualiti

Perkembangan biologi dan psikologi mendorong kepada perkembangan seksual. Nafsu atau dorongan seksual perlu disalurkan dengan cara yang betul dan dapat diterima oleh agama dan masyarakat. Kegagalan remaja untuk mengawal masalah ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenayah lain seperti pergaulan bebas yang mendorong kepada jenayah pembuangan bayi, lari dari rumah dan sebagainya. Pergaulan bebas di antara remaja lelaki dan perempuan yang mendorong kepada permasalahan jenayah seperti seks bebas yang mendorong kepada masalah jenayah lain.

8. Konflik dengan ibu bapa dan keluarga

Ibu bapa merupakan peneraju terpenting dalam sesebuah sistem keluarga. Kualiti pembangunan dan kesejahteraan hidup golongan remaja amat dipengaruhi oleh kualiti persekitaran di mana mereka dibesarkan.

Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang drastik dan keperluan untuk memenuhi keperluan ekonomi keluarga  menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang terpakasa bekerja. Kesibukan terhadap pekerjaan ini menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu-bapa dan gagal untuk memberi pengawasan moral kepada anak-anak. Kajian yang dijalankan oleh doktor pakar psikologi seperti Selvaratnam, Noraini dan Norlaila pada tahun 2010 mendapati bahawa kekurangan di dalam perhubungan ini telah memberikan kesan kepada jiwa remaja anak-anak. Tambahan pula adanya harapan dan matlamat atau peraturan ibu-bapa yang dirasakan bertentangan dengan nilai remaja menyebabkan mereka mula memberontak dan mencari kelompok yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka dan akhirnya terjebak dengan pergaulan bebas.

9. Pengaruh rakan sebaya

Remaja yang tidak mendapat perhatian dari rumah terutamanya daripada ibu bapa akan mencari rakan sebaya yang boleh memenuhi ego dan kehendak nafsu mereka. Mereka akan menggabungkan diri mereka membentuk satu kumpulan remaja. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Lebih mempercayai rakan berbanding ahli keluarga sendiri.


7.0 Kesan-Kesan Pergaulan Bebas

1. Pembuangan bayi


Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.


2. Perceraian dan keruntuhan rumahtangga


Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih belum matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.

3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut


Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

4. Kes pelacuran


Mengikut surat khabar jurnal, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Pinang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.

5. Keruntuhan akhlak


Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Remaja-remaja pada masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang negatif seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan 'black metal' sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.Firman Allah SWT:-

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا ٢٣

6. Peningkatan kes keguguran

Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran bayi dalam kandungan menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Ianya juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah.

7. Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin

Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.

8. Kemerosotan pelajaran


Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada keseronokan dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan kekasih mereka. Allah SWT telah berfirman:-

A030

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(An-Nuur 24:30) |
A031

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(An-Nuur 24:31) |



8.0 Langkah-Langkah Menghindari Pergaulan Bebas

1. Memperkuat pendidikan agama


Anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar.

2. Membentuk karakter yang positif

Pembentukan karakter manusia sejak kecil sangat diperlukan agar ia dapat menjadi peribadi yang kuat dan berpendirian kukuh, sehingga walaupun mempunyai kesempatan untuk hidup bebas, ia dapat mengendalikan dirinya. Teguh berpegang pada prinsip hidup merupakan salah satu cara untuk menghindari pergaulan bebas.

3. Mempererat hubungan orang tua dan anak-anak

Hubungan orang tua dan anak yang erat secara langsung akan memberikan pengawasan yang lebih baik kepada anak. Jika anak dekat dan terbuka dengan orang tua, mereka secara langsung akan dapat bertanya mengenai berbagai macam persoalan bahkan yang dianggap sensitif dan tahu seperti seks bukannya mencari informasi yang boleh jadi menyesatkan pada pihak lain.

4. Memberikan pendidikan seks pada anak dan remaja

Keingin tahuan remaja mengenai hal yang berkaitan dengan seksualitas terkadang tidak mendapatkan penyaluran yang benar, sehingga mereka terkadang akan mencari tahu melalui jalan yang salah. Informasi yang berkaitan dengan seksualitas sepatutnya didapatkan anak sejak dini, tentu saja disesuaikan dengan bahasa yang cocok dengan usia anak. Dengan demikian mereka juga dapat mengetahui bahaya dan akibat dari pergaulan bebas

5. Mengisi waktu lapang

Salah satu faktor yang turut memberi kesempatan bagi remaja dengan kehidupan bebas adalah tersedianya banyak waktu luang. Apabila waktu luang tersebut diisi dengan kegiatan yang positif dan berguna, maka tidak akan ada waktu untuk memikirkan hal – hal yang menyimpang. Cara bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi waktu melalui kegiatan positif.

6. Memperluas pengetahuan

Ada yang menyatakan bahawa knowledge is power, dimana pengetahuan adalah kekuatan yang akan membuka minda dan wawasan yang luas. Seseorang akan mudah menentukan pilihan hidupnya karena ia sudah mengetahui banyak tentang berbagai sisi dan dampak dari pilihan – pilihan yang dia buat. Sebaliknya, apabila seseorang hanya memiliki sedikit pilihan, ia tidak akan tahu bahwa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk kehidupannya. Misalnya, jika ia tidak mempunyai pilihan lain selain gaya hidup bebas, maka ia tidak akan dapat melakukan cara menghindari pergaulan bebas.

7. Membatasi pergaulan

Pergaulan bebas bukanlah cara hidup yang baik kerana banyaknya kerugian yang akan ditimbulkan pada seseorang jika menjalaninya. Untuk menghindari pergaulan bebas, ada baiknya jika membatasi pergaulan kepada lingkungan atau teman yang hanya akan memberikan pengaruh positif.

8. Menetapkan tujuan hidup

Orang yang tidak memiliki tujuan dalam hidupnya akan sangat mudah tersesat. Termasuk terjerumus pada pergaulan bebas. Maka sangat penting bagi seseorang untuk mengetahui apa tujuan hidupnya dengan tepat, agar dapat memfokuskan diri pada hal yang diperlukan untuk mencapainya dan tidak teralihkan oleh hal – hal yang buruk.

9. Membatasi waktu di luar rumah

Terlalu banyak waktu yang digunakan untuk melakukan kegiatan di luar rumah yang kurang bermanfaat, membuka peluang bagi pengaruh buruk untuk masuk. Sebaiknya, batasilah kegiatan di luar rumah yang kurang penting agar dapat memfokuskan diri kepada cara hidup yang positif.



 9.0 Rumusan/Penutup 



Akhir kalam sebagai penutup bicara, hati kita ini adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela.
Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor dan mati.Sabda Nabi Muhammad SAW:- 




Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja yang melibatkan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti ini banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak seperti keluarga, institusi pendidikan, peranan komuniti, media massa dan peranan pelaksana undang-undang adalah amat diperlukan dalam usaha membendung pergaulan bebas remaja pada hari ini. Kesemua pihak ini harus mencegah gejala ini bermula dengan pendidikan dan penghayatan kepada nilai-nilai agama, budaya dan moral. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.  Usaha kerajaan mendidik mahasiswa yang mampu berdaya saing perlulah dilaksanakan segera. Ini akan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terbabit dengan aktiviti belia dan tidak tertumpu dalam alam kampus saja. Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan dalam pembinaan modal insan. Pelaksanaan ini akan memberi faedah kepada negara dalam menyediakan masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran malah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam mengurangkan seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam saraf-saraf sosial mahasiswa pada masa akan datang.


10.0 Sumber rujukan:

http://www.myhealth.gov.my/pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-bandar/

http://penyiaranislamkumpulan1.blogspot.com/2017/03/pergaulan-bebas.html?m=1

https://www.google.com/amp/s/dosenpsikologi.com/cara-menghindari-pergaulan-bebas/amp

http://web.usm.my/km/KM%20XIX,2-2001/PERKEMBANGAN%20DAN%20PEMBENTUKAN%20%20REMAJA%20MENURUT%20PERSPEKTIF%20ISLAM.pdf

http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalah-pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-sekolah/

http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulan-bebas.html?m=1

https://pinkeucakeu.blogspot.com/2020/10/settle-copy-paste-boleh-edit-kalau.html

https://www.surah.my/24

11.0 Lampiran

Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah ini adalah dalam kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini semua sangat menggerunkan kita. Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaporkan telah menangkap pelajar-pelajar IPT seramai 341 orang sepanjang 2002 dan 178 orang sepanjang 2003 kerana kesalahan perbuatan tidak bermoral. Kesalahan-kesalahan ini termasuklah berkhalwat dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah dari beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta, serta politeknik. Masalah sosial pelajar IPT yang berkaitan dengan khalwat dan perlakuan tidak sopan di tempat awam merupakan masalah yang dihadapi oleh semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara. Walaupun bilangan pelajar yang terlibat kecil sekiranya dinisbahkan kepada populasi keseluruhan pelajar di sesebuah IPTA, ternyata masalah ini berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta. Berita-berita ini memberikan satu gambaran yang buruk terhadap institusi pengajian tinggi di mana mahasiswa sepatutnya menjadi populasi teladan kepada golongan muda di negara ini.






 











































































































































































































































































MPU 23032  PENGAJIAN ISLAM E-FOLIO: GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK  (MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK MAL...